Kamis, 14 Maret 2013

Senandung Harapan


lirik & lagu : kang Imam Al-Jabluk

Gubahan lagu
Di hening malam
Terpancing bintang
Sambut sang bulan

Duduk termenung
Indah lamunan
tawang benderang
Menugur harapan

Tinggi melayang
Harapkan Tuhan
Tuhan, Tuhan,
Tuhan, Tuhan,
Tuhan, Tuhan,
Tuhan oh Tuhan

Di setiap sujud, sejuk Kau teduhi
Di setiap gawal, Kau tunjang berdiri
Hanya pada-Mu ku hambakan diri
Tuhan oh Tuhan

Syair serindai
Bagai serunai
Sejukkan padang
Dinginkan bahang

Sebak merembah
Munajat malam
Lirih menyambang
Menugur harapan

Tinggi melayang
Harapkan Tuhan
Tuhan, Tuhan,
Tuhan, Tuhan,
Tuhan, Tuhan,
Tuhan oh Tuhan

Di setiap sujud, sejuk Kau teduhi
Di setiap gawal, Kau tunjang berdiri
Hanya pada-Mu ku hambakan diri

Selasa, 12 Maret 2013

Naskah di Ratu Malam

Syair & lagu : kang Imam Al-Jabluk

Malam-malam nan sayu terlelap tidurmu berselimut rindu
Dewi-dewi selalu mendendangkan lagu, menguraikan sendu
Bunga-bunga nan layu memahitkan madu dan kumbang pun ragu
Embun-embun pun beku menyapa sang waktu, subuh pun berlalu
Waktu-waktu berlalu mengikis langitku campakkan bumiku

Jumat, 08 Maret 2013

Cinta Tak Sebahu

lirik & lagu : kang Imam Al-Jabluk

Sinar di ufuk hilang
Tiada cahaya terang
Rengkuh jiwa yang malang penuh bimbang

Angin berdesir syahdu
Dengarkan keluhanku
Tiada jawab yang meyakinkanku

Pernah ku dekati mu
Tuang isi hatiku
Namun kau malah berpaling dariku

Gugusan bintang tunduk
Zahirkan cipta haru
Iba kerana cinta tak sebahu

Andaikan ku sang rembulan
Ku terangi kau dalam kegelapan
Namun aku tak berdaya
Kerana aku bukan yang kau damba

Musnahlah harapan
Tinggalkan kepedihan
Yang mendalam

Oh Tuhan berikan
Diriku kekuatan
Tuk menahan luka
Yang sedang kurasakan

Tinggallah sendiri
Rasakan rindu sepi
Yang terjadi

Musnahlah harapan
Tinggalkan kepedihan
Menyisakan luka
Yang sedang ku rasakan